Backstage

Temu Bual Bersama Zulfadli Rashid - Tanah Air Siapa? Suara Siapa?

7 Oct 2019
Artikel oleh Max
Foto oleh Zinkie Aw, disediakan oleh Drama Box

Tahun ini merupakan satu kesempatan bagi kita untuk menyemak semula pemahaman terhadap sejarah masyarakat kita. Acara memperingati 200 tahun Singapura (Singapore Bicentennial) adalah bagi memperingati kedatangan Sir Stamford Raffles pada tahun 1819. Namun, adakah kita fikirkan kedatangan sesetengah orang mungkin diikuti dengan pemergian atau kehilangan orang yang lain? Bolehkah kita bawa balik suara yang sudah lenyap?

Drama Box mempersembahkan Tanah•Air 水•土:A Play In Two Parts dengan kerjasama Taman Warisan Melayu (Malay Heritage Centre). Persembahan dwibahagian ini menjemput kita menyoal isu-isu penting tentang perubahan yang dialami tanah air kita, melalui cerita dan pengalaman orang Melayu asli dan Orang Seletar. Adakah kita berupaya untuk mengenal pasti kuasa-kuasa yang menyebabkan perubahan? Apakah tindak balas kita terhadap pihak-pihak yang memegang kuasa?

Saya berpeluang untuk bertemu bual dengan Neo Hai Bin (penulis Tanah) dan Zulfadli Rashid (penulis Air). Kami berbincang tentang hubungan antara sejarah, kenegaraan dan seni teater. Artikel ini mengandungi jawapan Zulfadli yang disampaikan melalui e-mel.

0 20191008 interview zulfadli air 1

1. Apakah pemahaman atau pandangan anda terhadap isu-isu berkaitan dengan sejarah tempatan, orang Melayu asli dan orang Seletar sebelum menyertai projek ini? 

Sebelum projek ini, saya memang sudah kenal dengan sejarah orang-orang Melayu di Singapura atau pra-Singapura. Di peringkat universiti dan kemudiannya sebagai kajian atas minat, saya membaca buku-buku sastera Melayu lama seperti Sulalatus Salatin dan Taj-us Salatin. Namun, saya kurang akrab dengan sejarah atau nama puak-puak orang Asli yang diam di sekitar perairan Singapura. 

0 20191008 interview zulfadli air 2

2. Apakah tujuan format persembahan kata demi kata (verbatim performance) digunakan untuk Air? Pada pendapat anda, apakah peranan anda dalam projek ini sebagai penulis yang 'mewakili' suara individu dan komuniti yang lain?

Kita tidak boleh mereka 'keaslian' atau 'authenticity'. Biarlah suara mereka mewakili cerita mereka. Cukuplah kita sebagai seniman mempersembahkan kisah mereka, harapan mereka, suka duka mereka dengan lakonan dan seni pentas. Saya bukan wakil, saya hanya penyampai cerita. Seorang wakil menggalas tanggungjawab untuk merealisasikan harapan. Saya tidak berani dan tidak mahu menggelarkan diri saya sedemikian.

3. Apakah makna 'sambutan memperingati 200 tahun Singapura' kepada anda?

Usaha yang baik. Saya tertarik dengan pelbagai naratif yang disajikan. Namun harus kita ingat, sejarah kita lebih kaya dari tugu-tugu peringatan, sama ada tugu fizikal mahupun mental.

0 20191008 interview zulfadli air 3

------

Baca temu bual dengan Neo Hai Bin (Bahasa Cina) di sini.

------

Tanah•Air 水•土:A Play In Two Parts
dianjurkan oleh Drama Box bersama dengan Taman Warisan Melayu (Malay Heritage Centre)
sebagai salah satu acara Pesta Budaya Melayu (Malay Culturefest) 2019
Tarikh: 16 - 20 Oktober 2019
Masa: 8:15pm
Tempat: Taman Warisan Melayu
Kunjungi laman acara 

  • Tanah•Air 水•土:A Play In Two Parts

    Theatre 16 - 20 Oct 2019 Tanah•Air 水•土:A Play In Two Parts looks at the dispossession and loss of the indigenous Malays and Orang Seletar of...
    Malay Heritage Centre, 85 Sultan Gate, Singapore 198501Malay Heritage Centre, 85 Sultan Gate, Singapore 198501

KEEP READING


advertisewithus