Ekspresi 2026: Citra Langgam
Organised by: DIAN DancersPerformed by: DIAN Dancers, Atrika Dance Company, Azpirasi Dance Group, Era Dance Theatre
Synopsis:
Ekspresi 2026: Citra Langgam is a 90 minutes dance production reimagining Singapore's historical Malay kampungs through new traditional creations. Spearheaded by DIAN Dancers, this endeavor features Era Dance Theatre, Azpirasi Dance Group, and Atrika Dance Company. Embodying the spirit of gotong royong, performers from all four groups share a single dancer pool, performing together as a collective ensemble for every item to break down artistic silos. Guided by a Penglipur Lara storyteller, the audience journeys through communal memory. The production creatively reimagines settlements like Kampung Lorong Fatimah, Kampung Wak Tanjong, Kampung Changi, and Kampung Bukit Ho Swee. Utilizing five traditional Malay music and dance genres alongside silat, the choreography transforms historical realities, such as coastal cooperation, flood resilience, tragic fires, and urban transitions, into dynamic movement. The performance concludes with a united modern collective carrying their cultural memory into a new era.
Ekspresi 2026: Citra Langgam merupakan sebuah produksi tari berdurasi 90 minit yang memberi nafas baharu kepada landskap sejarah kampung-kampung Melayu Singapura melalui karya kreasi baru. Diterajui oleh DIAN Dancers, usaha sama ini menampilkan Era Dance Theatre, Azpirasi Dance Group dan Atrika Dance Company. Menjiwai semangat gotong-royong, para penari dari keempat-empat kumpulan ini berkongsi satu wadah dan menari bersama sebagai sebuah ensembel kolektif bagi setiap persembahan untuk meruntuhkan tembok pemisah seni. Dibimbing oleh seorang Penglipur Lara, penonton dibawa menelusuri memori komunal. Produksi ini mengolah semula intipati penempatan seperti Kampung Lorong Fatimah, Kampung Wak Tanjong, Kampung Changi dan Kampung Bukit Ho Swee dengan kreatif. Berteraskan lima genre muzik dan tarian Melayu tradisional serta persilatan, koreografi yang dipersembahkan menterjemah realiti sejarah seperti kerjasama masyarakat pesisir, ketabahan menghadapi banjir, tragedi kebakaran dan transisi perpindahan bandar kepada pergerakan yang dinamik. Persembahan ini diakhiri dengan paparan sebuah kolektif moden yang bersatu padu membawa memori budaya mereka melangkah ke era baharu.